KakakAdek Confinement Therapist bukan sahaja mempunyai pakar-pakar terapi yang terlatih, berpengalaman dan prihatin, tetapi perkhidmatan kami adalah secara mobile yang membantu anda tenang menjalani proses berpantang dengan mudah dan selesa di rumah anda.

Perkhidmatan Utama Kami Merangkumi:

Mandian herba kami merupakan hadiah yang paling sesuai untuk ibu-ibu yang baru bersalin. Untuk mandian ini, kami menggunakan herba-herba asli dalam bentuk sachet untuk memudahkan proses mandian. Rawatan ini memberikan ketenangan dan merehatkan tubuh. Ia juga bermanfaat dalam melancarkan peredaran darah dan menenangkan emosi ibu-ibu ketika berpantang. Campuran herba segar ini juga boleh mempercepatkan proses penyembuhan dan pemulihan.

Urutan badan selepas bersalin amat bermanfaat kepada ibu-ibu di dalam pantang. Amalan ini amat berkesan dalam mengembalikan kesegaran kepada badan. Urutan Melayu Tradisional ini boleh mengurangkan stress, merehatkan tubuh, melancarkan susu, membantu peredaran darah dan meredakan kesakitan.

Bertungku melibatkan batu yang telah dipanaskan dan dibalut dengan daun-daun herba dan kain. Batu dalam balutan ini seterusnya diletakkan di seluruh badan terutamanya di bahagian perut supaya rahim cepat mengecut, kembali normal dan perut kempis seperti asal. Rawatan ini meredakan kesakitan, memecahkan lemak dan mengurangkan sengal-sengal sendi untuk memberi kelegaan kepada ibu-ibu berpantang supaya mereka memperolehi tidur yang cukup dan berkualiti.

Proses mengandung dan bersalin boleh menghasilkan perubahan fizikal yang mendadak kepada tubuh badan seorang wanita. Bengkung yang diperbuat daripada kain kapas yang diikat dengan cara yang tradisional berkesan dalam membantu mengempiskan perut, membetulkan postur dan mengecutkan rahim yang bengkak.

Kembalikan kesihatan dan kesegaran anda melalui rawatan tradisional seperti param, pilis dan tapel.

Param adalah sejenis rawatan sapuan pada seluruh badan, kecuali daerah payudara dan perut. Campuran param boleh juga digunakan ketika berurut. Rawatan ini berkesan dalam mengelakkan angin masuk ke badan dan mengurangkan rasa sejuk dan kebas pada badan.

Tapel adalah sapuan yang dipakai pada perut sebelum berbengkung. Ia tenyata berkesan dalam menghangatkan perut dan membuang angin serta darah kotor, ia juga menegangkan perut yang menggeleber dan membantu proses pembakaran lemak.

Pilis adalah campuran herba yang khusus untuk disapukan di dahi. Kebaikan pilis adalah termasuk meredakan pening, menyegarkan mata dan memberikan keselesaan kepada ubun-ubun.

Perkhidmatan Tangas Kering dan Tangas Basah juga ditawarkan. Pemilihan Tangas bergantung kepada kondisi pelanggan dan rekomendasi pakar kami. Kombinasi herba-herba asli ketika bertangas boleh menyembuh, merawat dan memulih tisu-tisu rahim dan salur peranakan terutamanya selepas proses melahirkan anak.

Pakej-Pakej Kami:

Mencari perkhidmatan berpantang terbaik?

TEMPAH dengan kami sekarang!
Dapatkan harga DISKAUN istimewa hanya untuk anda!

TEMPAH SEKARANG!

Apa kata mereka tentang Perkhidmatan Berpantang kami?

Mrs Ragini, Batu Caves, Pakej 5

“ Therapist Aida are on time and she explained before every massage section start. Body feels very relaxed after massaging. Very satisfied with Aida’s service as she is very professional and friendly.”

Mrs Naline, Kepong, Pakej 10

“ Very professional and satisfied with the service.”

Puan NurHidayah Binti Saiful Annur, Shah Alam, Pakej 10

“Sangat berpuas hati dengan servis yang diberikan oleh therapist Fiza.Badan rasa lebih bertenaga setiap kali habis sesi. Thumbs up to Kakakadek.”

Mrs Nyanamary, Kajang Utama, Pakej 3

“Expert therapist with complete confinement package. Keep up the good work Kakakadek..”

Mrs Ng Rou Yi, Shah Alam, Pakej 14

“ Happy with your service.”

Mrs Sarjeet, Sentul, Pakej 7

“ Very good service and a very good confinement therapist.”

Mrs Tan Han Yen, Kajang, Pakej 7

“ Therapist professional dan banyak berkongsi maklumat mengenai breastfeeding.”

Mrs Jariyaporn Sarkarung, Kuala Lumpur, Pakej 7

“ Good service and good massage.”

Bagaimana menempah servis berpantang kami?

  • LANGKAH 1 : Hubungi Kami

    Mommy boleh hubungi kami seperti berikut:

    1. Puan Eni – +6017-675 9218 (klik untuk Whatsapp), atau

    2. Pegawai Khidmat Pelanggan – +6010-357 1080 (klik untuk Whatsapp), atau

    3. Isi borang di bawah, pegawai kami akan segera hubungi mommy, atau

    4. PM kami di Facebook – Kakakadek Confinement Therapist, atau

    5. DM kami di Instagram – kakakadek_confinement

    Mommy dinasihatkan untuk membuat tempahan awal sekurang-kurangnya 1 atau 2 bulan sebelum  tarikh mommy dijangka bersalin.

  • LANGKAH 2 : Deposit

    Ibu perlu membayar wang deposit sebanyak 30% dari harga pakej yang dipilih termasuk caj pengangkutan (jika ada) untuk tempahan.

    Deposit adalah sebagai jaminan agar kedua-dua pihak tidak membuat sebarang pembatalan.

  • LANGKAH 3: Hubungi Kami Selepas Bersalin

    Tahniah mommy kerana telah selamat melahirkan si comel! Hubungi kami segera bagi penjadualan sesi rawatan berpantang bersama juruterapi profesional kami.

    Kebiasaannya, rawatan berpantang bagi yang bersalin secara normal akan bermula pada hari ke 3 atau hari ke 4 dari tarikh mommy bersalin. Manakala bagi yang bersalin secara pembedahan, rawatan akan dimulakan pada minggu ke 2 atau minggu ke 3 bergantung kepada mommy.

  • LANGKAH 4 : Baki Bayaran

    Jumlah baki bayaran adalah seperti yang tertera pada invois yang telah kami emelkan sebelum ini. Baki bayaran perlu dibuat setelah tamat sesi pertama rawatan berpantang.

    Pembayaran secara tunai dibenarkan kepada mommy yang mengalami kesukaran untuk melakukan transaksi secara on-line. Setelah bayaran dibuat, pastikan mommy menerima resit melalui emel.

    KakakAdek Confinement Therapist mengucapkan jutaan terima kasih kerana mempercayai kami untuk membelai mommy sepanjang sesi rawatan berpantang 😊

*** Wang deposit tidak akan dikembalikan sekiranya mommy membatalkan tempahan dengan Kakakadek Confinement Therapist. Jika pembatalan dilakukan oleh pihak kami, maka mommy layak menuntut semula wang deposit tersebut.

Tinggalkan maklumat anda, kami akan hubungi terus anda!