KakakAdek Confinement Therapist merupakan gabungan idea pasangan adik beradik iaitu Elina Ezrina Mohd Podzi dan Eni Elina Fazliyanti Mohd Podzi. KakakAdek Confinement Therapist adalah jenama dibawah Eni Elina Enterprise. Penubuhan syarikat ini bermula pada 9hb September 2013. Setelah beberapa tahun, kini KakakAdek Confinement Therapist berada di bawah naungan KakakAdek Group Sdn Bhd.

KakakAdek Confinement Therapist sangat berdedikasi dalam menyediakan rawatan berpantang yang terbaik dan komprehensif. Matlamat kami adalah supaya anda berpantang dalam persekitaran yang selamat juga selesa untuk memudahkan serta mempercepatkan proses pemulihan dan rawatan selepas bersalin.

Apa yang membezakan kami dengan khidmat berpantang yang lain?
Anda berhak untuk mendapatkan servis yang terbaik! Pelan kami yang terperinci ternyata berkesan dalam merawat, memulihkan dan mengembalikan bentuk tubuh selepas bersalin. Pakej rawatan juga ditawarkan pada harga yang sangat berpatutan dan sesuai untuk semua peringkat ketika berpantang.

Sila rujuk testimoni pelanggan kami untuk mengetahui maklumat lanjut.

Rawatan khas kami bertujuan untuk membantu ibu-ibu yang baru bersalin menangani proses pemulihan dan penyembuhan fizikal dan emosi mereka dengan lancar dan sempurna. Kepuasan hati pelanggan adalah motivasi utama untuk kami. Tenaga kerja kami terdiri daripada ahli-ahli professional yang bertauliah, terlatih dan memiliki kepakaran yang khusus supaya dapat memberikan anda perkhidmatan yang tiada tandingannya.

Kami juga menyediakan rawatan berpantang yang menyeluruh termasuk perkhidmatan masakan ketika berpantang untuk meringankan beban selepas bersalin. Anda juga boleh menempah servis ‘ala-carte’ jika memerlukan khidmat penjagaan bayi yang baru lahir di saat berpantang. Dengan kemudahan dan kepakaran yang sedia ada, anda pasti memperolehi perkhidmatan dan rawatan berpantang yang berkualiti dan bermutu tinggi daripada kami.

Pakej-pakej kami merangkumi rawatan yang telah diamalkan secara turun temurun seperti Mandian Herba, Urutan Tradisional, Bertungku, Berbekung, Tangas, Lulur dan Mandi Bunga. Setiap pakej telah dirancang dengan teliti dan dirumus khas oleh kami sendiri. Hubungi kami di +(6) 017-675 9218 atau +(6) 010-357 1080 untuk membuat tempahan sekarang. Biar kami uruskan segala keperluan berpantang anda, usah risau kerana setiap khidmat yang ditawarkan akan kami laksanakan sebaik mungkin.

Pakar Terapi Yang Berpengalaman

Produk Yang Berkualiti Tinggi

Pelanggan Adalah Keutamaan Kami

KakakAdik Confinement Therapist ditubuhkan oleh pasangan adik beradik, Elina Ezrina Mohd Podzi (kakak) dan Eni Elina Fazliyanti Mohd Podzi (adik)

Kenapa KakakAdek? Nama KakakAdek timbul secara tidak sengaja, ketika kami menghadiri kursus urutan bersalin bersama. Rakan-rakan sekursus tidak memanggil kami dengan nama tetapi mereka menggunakan panggilan kakak dan adik, lama-kelamaan ia menjadi satu kebiasaan. Kami menubuhkan syarikat pada 2013 dan gelaran KakakAdek terus melekat. Oleh itu, ketika mendaftarkan jenama syarikat pada 2015, kami bersepakat menamakannya sebagai KakakAdek Confinement Therapist.

 

Wartawan MHI dari TV3 menemubual KakakAdek Confinement.


Syarikat kami didaftarkan atas nama ENI ELINA ENTERPRISE pada 9 September 2013.
Confinement Services in Klang Valley