Kursus Penjagaan Wanita Selepas Bersalin kembali lagi untuk kali ke-2 pada tahun ini atas permintaan ramai!
KakakAdek Confinement Therapist sangat terharu dengan sokongan padu dari anda semua untuk kami menambahbaik kursus dan servis kami dari masa ke semasa. Terima kasih banyak-banyak!
Sebab ramai sangat yang bertanya, “bila KakakAdek nak buat kursus lagi?” kami pun sepakat untuk mengadakan kursus ini buat kali kedua dan terakhir bagi tahun 2019 ni.. (Tahun 2020 nanti kita buat lagi ok? InsyaALLAH)
Jadi, bagi kakak-kakak, adik-adik yang nak tambah pendapatan dengan mengurut, boleh datang ke kursus kami sebab kami akan memastikan semua tidak balik dengan TANGAN KOSONG! Kami akan ajar SAMPAI PANDAI, SAMPAI CEKAP!! Selain itu, peserta juga akan diajar memakai bengkung jawa dengan cara yang betul!

Kursus Penjagaan wanita Selepas Bersalin
Tarikh: 13 -15 December 2019
Hari: Jumaat, Sabtu & Ahad
Masa: 9.00 pagi – 4.30 petang
Tempat: D03-04-10 Tamarind Square,Persiaran Multimedia, Cyber 11,Cyberjaya,Selangor
Bayaran: RM 699.00
Antara modul yang akan dipelajari adalah:
- Urutan selepas bersalin
- Kefahaman Bertangas
- Param & Pilis
- Pemakaian Bengkung Jawa
- Teknik Bertungku yang Betul
- Penjagaan dan Pemakanan Semasa Berpantang
- Petua Berpantang Tradisional
- Demo dan Praktikal
Selain itu, setiap peserta yang menyertai kursus ini akan diberikan ‘goodie bag’, buku panduan pembelajaran dan sijil penyertaan!
Tempat terhad kepada 6 orang sahaja. Sebab apa? Supaya kami dapat menumpukan perhatian pada setiap peserta dan memastikan tahap kefahaman dan kecekapan semua! Sebab tu kami cakap anda tak akan pulang dengan tangan kosong!
Kepada yang berminat, boleh terus whatsapp nombor dibawah:
wasap.my/60103571080
atau
wasap.my/60176759218
Meh nak share gambar-gambar kursus yang lepas…Jumpa nanti!




