Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Semoga mommy semua sehat dan ceria ya. Mommy dah jumpa confinement therapist yang terbaik punya iaitu KAC (KakakAdek Confinement Therapist) tapi sekarang mommy jadi confius plak nak pilih mana satu pakej pantang KAC yang terbaik dan sesuai untuk mommy. Jangan risau, jom kita kongsi pengalaman. Sharing is caring, right?
Pakej 3 hari dan 5 hari menawarkan perkhidmatan yang sama begitu juga dengan pakej 7, 10, dan 14 hari, Berbeza cuma pada kuantiti dan jenis perkhidmatan sahaja. Bagi pakej 3 dan 5 hari tidak menawarkan tangas kering, yang ada cuma tangas basah sahaja. Untuk tangas basah, mommy hanya perlu duduk di atas kerusi tangas yang di bawahnya diletakkan rempah ratus herba yang direbus di dalam periuk manakala bagi tangas kering pula, mommy perlu mencangkung separuh sambil mengangkang kaki dengan menggunakan pelbagai herba tangas kering dan batu sungai. Berdasarkan pengalaman sendiri, fungsi dan kesan tangas kering adalah lebih istimewa. Mommy akan rasa lebih segar, sihat dan berkeyakinan. Daya kelembapan kulit mantap dan kejap di bahagian sulit. Oleh itu, mommy digalakkan untuk mengambil pakej yang menyediakan tangas kering ya. 🙂
Jika mommy berkemampuan digalakkan untuk mengambil pakej 10 atau 14 hari kerana sebenarnya lagi lama badan diurut, ditungku, ditangas adalah lebih baik. Mommy akan mendapat banyak manfaatnya seperti badan cepat kembali ke bentuk asal, segar, sihat, bertenaga dan ceria.Ini akan menyebabkan mommy dapat berpantang dengan gembira dan tenang. Secara tidak langsung dapat memberikan satu moment yang sangat berharga dan bernilai yang tidak dapat dilupakan sepanjang hayat. Ala-ala kenangan terindah gitu..Yelah, mana tak indahnya hari-hari badan dimanjai, dibelai dan dijaga….hehehe. Perkhidmatan pula ala-ala spa gitu tapi yang ni lagi best sebab buat kat rumah sendiri..Terbaik punya!!
So, mommy jangan pening-pening lagi ya nak pilih pakej berpantang KAC. Pilihla pakej 10 hari atau 14 hari jika berkemampuan untuk mendapat kesan yang maksimum. Kalau risau bujet tak cukup,apa kata bila dah nampak dua line kat pregnancy test tu, mommy mulalah menabung. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit!!!!!
Selamat Berpantang!!!!