Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Bagi ibu-ibu yang bakal bersalin, sudah pasti pemilihan pakej berpantang merupakan satu isu yang amat penting untuk difikirkan terutama bagi ibu-ibu yang bakal berpantang sendirian. Memang pening kepala dibuatnya !!! Tambahan pula, sekarang ni bila suruh je Mr Google tolong carikan, berderet keluar pakej-pakej berpantang yang disediakan di Malaysia ni.. Jangan risau, jom baca tips-tips memilih pakej berpantang yang terbaik untuk mommy semua. Harapnya lepas baca ni, mommy tidak stress lagi nak buat pemilihan, tak payah fikir-fikir dah cuma menunggu detik kelahiran baby tercinta..
1. Good testimony / Recommended
Bila survey pakej berpantang selepas bersalin, kena tanya sanak saudara atau kawan-kawan yang pernah mendapatkan perkhidmatan tersebut. Selesakah ? Berbaloikah ? Jika mereka sendiri yang memberi jaminan, mommy akan berasa lebih yakin.Tapi kalau tak ada dalam kalangan kita yang pernah mendapatkan khidmat tersebut, boleh sahaja kita melawati website atau Facebook dan review testimoni yang ada.
2. Bajet
Pastikan kita memilih pakej berpantang yang sesuai dengan bajet yang kita ada, barulah tak pening kepala. Bandingkan harga yang ditawarkan dan perkhidmatan yang diberikan. Ada sesetengah pakej menawarkan harga yang murah kerana tak banyak perkhidmatan yang ditawarkan. Bila masuk bab berpantang ni sebenarnya kita tak boleh kedekut atau berkira sangat kerana ini berkait dengan masa akan datang. Percayalah, jika mommy menjaga pantang selepas bersalin, In Sha Allah mommy akan sentiasa kelihatan cantik, bertenaga dan sehat sentiasa.
3. Lokasi
Pemilihan lokasi juga penting kerana jika terlalu jauh dengan rumah, kos perjalanan pula akan dikenakan. Dah meningkat pula kita punya bayaran perkhidmatan.
4.Mesra pelanggan
Macamana nak tahu mesra pelanggan atau tak?? Cubalah pm atau call..kalau diorang melayan dan menjawab segala pertanyaan dengan berhemah memangla mereka menawarkan perkhidmatan mesra pelanggan..kalau mommy call, diorang jawab tak nak jawab jer baik lupakanlah. Kalau pm arini, dua tiga hari kemudian baru reply pun baik lupakan sahaja. Nak test?? Boleh cuba call :
017.675.9218 (Eni) atau 016.212.6231 (Elina)
KAC mendoakan agar mommy semua dapat mencari pakej berpantang yang sesuai . Yang pasti KAC menawarkan perkhidmatan berpantang yang terbaik untuk mommy semua.