Assalamualaikum…salam sejahtera.
Hari ni Dill sharing pasal berpantang lps bersalin…yang mana terpaksa berpantang sendiri tu jangan risau,ada penyelesaiannya.Utk kali ke5 ni pun Dill kena pantang sendiri lagi tp dah tak jadi masalah sbb masa anak ke 4 dah guna khidmat Kakakadek Confinement Therapist ni so utk anak ke5 just continue je sbb Dill mmg puas hati dengan perkhidmatan yang diberikan.
Macamana boleh tertarik dengan team Kakakadek ni ek? Masa dok pregnant ke4 tu cuak gak sbb first time nak pantang sendiri ni,kalau tak bersalin je balik kg,bidan kg,mak jaga..ni semua sendiri plak.Pencarian dengan mr google pun diteruskan dan terjumpalah dengan Kakakadek Confinement Therapist..actually owner dia ni kawan usm dulu.Tp musykil gak sbb team diorang ni muda2 belaka..boleh ke?sedap ke?pandai ke?selesa ke?kang tak berbaloi je…tp kalau tak try mana nak tahu kan? Dill pun tepon then interviewla diorang ni tp very surprised sbb diorang jawab semua soalan dengan yakin sekali so Dill pun dengan yakinnya memilih pakej 14 hari dengan team diorang sbb Dill suka manjakan diri,nanti dapat manjalan diri lama2 sket,dah abis pantang kan susah nak manjakan diri.
Maka bermulalah journey berpantang Dill dengan team KA ni.Bermula dengan urutan satu badan..waduhhhh…syoknya,keluar segala angin puting beliung dalam badan nih,pastu tungku depan,belakang,atas,bawah menggunakan batu sungai.Memang rasa segar bugar bertenaga lepas tu. Then,dipakaikan plak bengkung Jawa.Bengkung ni disediakan oleh team KA…Seriously Dill sangat suka pakai bengkung jawa sbb diorang pakaikan dengan rapi dan kemas sehinggakan Dill rasa selesa nak tido,bangun,susukan baby dll.Pakai selama 8 jam tau tp tak rasa nak bukak pun,selesa dan best bangat.Bengkung ni penting utk mengembalikan bentuk badan yang ramping tau.
Dah siap berbengkung,therapist akan pakaikan param dan pilis plak.Lepas tu bertangas basah.. Hohoho…panas woo..sauna..tp lepas tu rasa sehat dan segar sangat2. Rasa macam dapat aura baru..hehehe. Mandian herba juga dibekalkan so selama 14 hari la Dill mandi herba.
Bila tiba hari penutup,hari ke45, spesel sikit sbb boleh mandi bunga..yahoo..wangi bunga la ai… Sebelum tu badan dilulur dulu,bestnya habis gugur melayu segala daki-daki kulit tu…hahaha.Lepas tu rasa kulit licin dan gebus sekali. Hari terakhir ni la jugak kene buat tangas kering.Beza tau tangas kering dan tangas basah..tangas kering bagi Dill lagi memberikan impak maksimum..hehe.Nak tau cmna rasanya? Haaa yang tu kenalah cuba sbb tak dapat diungkap dengan kata-kata…
Okla..baby dah bangun..cam tahu jer dah siap sharing. Masa sesi bersama therapist pun kalau baby tetiba meragam dan takde sapa nak tengokkan, jangan risau..diorang bg ruang dan masa utk mummy dan baby.. Kepada yang masih mencari khidmat pantang kat rumah,jangan lupa untuk memilih Kakakadek Confinement Therapist, pasti berbaloi-baloi.
Babai.
P/S: Dill ni budak baru belajar tulis blog,tak tau nak letak gambar bagai. Takpe next time kita letak gambar banyak2 tau.