“Ada ke urutan untuk ibu mengandung?”
“Boleh ke nak urut masa tengah mengandung ni?”
“Tak bahaya ke nak main urut je masa mengandung ni?”
“Kalau tak urut takpe kan?”
“Ishhh…tak nak la urut masa tengah mengandung ni..orang cakap bahaya!”
Hi mommies! Kalau entri sebelum ni kita cerita mengenai fakta menarik tentang kehamilan, tapi untuk entri kali ini, kita nak kongsi dengan mommies tentang urutan semasa hamil atau lebih dikenali sebagai urutan prenatal. Ada tak antara mommies yang bertanyakan soalan yang sama macam diatas? KakakAdek rasa terpanggil untuk berkongsi beberapa perkara yang mommies perlu tahu mengenai urutan prenatal.
Urutan semasa hamil bukan lah sesuatu yang baru. Berurut sudah menjadi amalan turun-temurun untuk meningkatkan tahap kesihatan, mengurangkan stress serta lenguh-lenguh badan. Seperti yang kita sedia tahu, proses kehamilan adalah antara proses yang menggunakan banyak tenaga untuk ibu. Kalau kena dengan cara, urutan ketika hamil dibolehkan dan secara tak langsung akan memberi kesan baik kepada ibu.
KEBAIKAN urutan semasa hamil.

- Memberikan tenaga supaya tidak cepat penat atau letih.
- Mengurangkan stress.
- Membantu mengawal emosi.
- Membantu tidur lebih nyenyak.
- Membantu perkembangan kesihatan pada ibu dan bayi.
- Melegakan lenguh-lenguh serta memberi kesegaran pada tubuh badan.
- Melegakan kekejangan kaki.
- Melancarkan peredaran darah dengan baik.
- Memastikan ibu hamil sentiasa sihat kerana mengurut dapat mengeluarkan angin yang terkumpul dalam badan.
- Membantu menguatkan mental dan fizikal kepada ibu hamil terutama pada mereka yang hamil kali pertama dan secara tidak langsung dapat meningkatkan keyakinan diri dalam tempoh kahamilan.
Siapa yang TIDAK DIGALAKKAN berurut semasa hamil?
- Kehamilan kurang dari 12 minggu kerana ia boleh mendatangkan risiko keguguran. (Masa yang terbaik adalah pada usia kandungan memasuki trimester kedua)
- Pernah keguguran.
- Pernah mengalami kelahiran pra-matang.
- Kehamilan bersama penyakit hypertension atau penyakit berisiko tinggi seperti darah tinggi dan kencing manis.
- Kehamilan yang mempunyai banyak masalah seperti ‘morning sickness’
- Mempunyai uri ke bawah.
Kawasan yang BOLEH diurut?
Urutan semasa hamil mestilah bersifat ringan, tidak terlalu kuat atau terlalu menekan kerana dikhuatiri akan menyebabkan pembuluh darah tersumbat dan boleh memudaratkan ibu dan bayi. Antara kawasan yang dibenarkan untuk diurut dari sudut perubatan ialah anggota badan yang bergerak sahaja iaitu:

- Leher
- Bahu
- Bahagian belakang badan
- Kepala
- Punggung belakang
- Tangan dan Kaki (selain telapak kaki)
Terdapat beberapa bahagian badan yang perlu dielakkan daripada diurut terutamanya bahagian perut sebab perut adalah bahagian yang paling dekat dengan organ peranakan. Selain itu, bahagian telapak kaki juga tidak dibenarkan kerana ia mempunyai banyak urat yang berkait dengan saraf dan pembuluh darah.
Jadi, sebelum mommies ingin mendapatkan urutan sebelum bersalin, terlebih dahulu dapatkan khidmat nasihat dari doktor. Jangan lupa untuk membuat sedikit kaji selidik berkaitan dengan mereka yang pandai mengurut ibu hamil, pastikan mereka diiktiraf dan mendapat sijil yang diyakini. Ingat, bukan semua pengurut pandai mengurut ibu hamil. Sekiranya semasa mengurut, mommies berasa tak selesa, pastikan urutan diberhentikan serta merta untuk mengelakkan perkara yang tidak diigini terjadi. Dan sekiranya mommies berasa tidak selesa selapas menjalankan urutan, terus mendapatkan khidmat doktor.
KakakAdek Coonfinement Therapist menawarkan khidmat urutan semasa hamil untuk mommies yang ingin memanjakan badan semasa hamil oleh juruterapi yang berpengalaman dan diiktiraf. Turut tersedia beberapa pakej urutan selepas bersalin untuk mommies. Layari laman media sosial FB Kakakadek Confinement Therapist dan IG kakakadek_confinement untuk lebih banyak info berkenaan tawaran yang berbaloi untuk mommies!
Jumpa lagi nanti di entri seterusnya!
“Kembali Jelita Secara Tradisi”