
Credit to : https://www.azquotes.com
Orang tua-tua kata “Jangan Jadi Macam Anjing Dengan Bayang-bayang”. Siapa selalu dengar pepatah ni? Maksudnya tak boleh kedekut.
6 tahun yang lepas, kami belajar Kursus Urutan Selepas Bersalin di UTM, Jalan Semarak. Guru kami ketika itu, Puan Zaini yang memang well-known di dalam industri ini. Ramai juga peserta yang hadir untuk menimba ilmu. Kami yang betul-betul ‘zero’ dalam ilmu ini betul-betul fokus supaya tidak ketinggalan. Rakan-rakan kami berbangsa Cina turut hadir untuk update ilmu mereka. Memang rajin mereka ni. Selepas tamat kursus, kami teruskan pembelajaran dalam masa yang sama menjana pendapatan sehingga kini didalam urutan wanita selepas bersalin .
Selepas 3 tahun di dalam bidang ini, Alhamdulillah kami berjaya membeli 2 biji kereta honda dan sebuah rumah berharga RM 1 juta betul-betul menyakinkan kami bidang ini memberi pulangan yang lumayan. Kepada rakan-rakan yang telah meraih pendapatan yang berganda-ganda, tahniah kami ucapkan. Semoga terus maju jaya. Amiin.
Jauh disudut hati, kami masih terfikir kenapa masih ada rakan-rakan diluar sana yang ketinggalan? Kemahiran & pengalaman mereka pasti lebih jauh hebat dari kami. Pada tahun ini, kami mengambil inisiatif untuk lebih serius didalam perkongsian ilmu bisnes yang mungkin boleh membantu rakan-rakan diluar sana pergi lebih jauh. InsyaAllah kami cuba bantu.
Kepada yang serius untuk menggubah masa hadapan, JOM sertai kelas ini. Ikuti kami di FB, Instagram dan Blog untuk makluman kelas-kelas anjuran kami.

Credit to : http://www.quoteambition.com
Elina Podzi
Pengarah Urusan
KakakAdek Group Sdn Bhd
Menara Paragon, Cyberjaya.