Assalamualaikum dan Salam Sejahtera untuk mommy dan bakal mommy semua…
Tajuk entri kali ni terpengaruh pulak dengan movie Ada Apa Dengan Cinta 2 yang menjadi trending kala ini…Mahu taknya…selepas berbelas tahun kini baru kembali…Masa tengok dulu, masih anak dara kini dah ada anak lima…opsssss.. Actually bukan nak buat sinopsis pasal AADC tu , kali ini kita akan sharing pasal berbengkung terutamanya Bengkung Jawa. Menarik nak tahu tak??
Berbengkung amat sinonim dengan mommy berpantang. Mommy berpantang perlu memakai bengkung kerana berbengkung dipercayai dapat mengembalikan potongan badan yang langsing dan ramping serta menjadi sihat dan cergas. Malah dapat menarik minat si suami selepas berpantang nanti tau.(Be ware !!! Hahahaha). Memetik kata-kata Datin Sharifah Anisah Barakbah, pengasas Nona Roguy (NR) dan penulis buku Ensiklopedia Perbidanan Melayu ” Kehamilan dan pelahiran mengganggu badan wanita dan kesemua otot-otot,tulang,urat,sendi dan lain-lain, sudah bertukar keadaan dan menjadi kembang dan bengkak disebabkan pengaruh hormon hamil.” Tambah beliau lagi, bengkung boleh mengempiskan perut, mengecutkan rahim bengkak dan merapatkan faraj yang telah regang dan longgar.
Sebenarnya bengkung ada banyak jenis. Ada yang berbentuk seperti barut bayi, bengkung lebar yang diikat berselang seli dari bawah ke atas dan ada juga bengkung lebar yang dililit kemas pada badan. Bagi pengalaman sendiri, bengkung yang paling best, selesa adalah bengkung yang dililit pada badan atau dipanggil bengkung Jawa. Saya amat berterima kasih kepada KAC kerana telah memperkenalkan pemakaian bengkung Jawa kepada saya dan ini merupakan salah satu perkhidmatan yang disediakan dalam pakej berpantang KA.
Kenapakah saya menggemari dan memilih pemakaian bengkung Jawa? Apakah istimewanya bengkung jenis ini? Bagi saya, pemakaian bengkung Jawa KA memang selesa, kemas, tidak terurai dan membantu mendapatkan postur badan yang baik terutama semasa proses penyusuan bayi. Menurut Datin Sharifah Anisah Barakbah lagi, bengkung yang pendek dan tidak dipakai dengan betul menjejaskan pemulihan rahim sebab rahim akan tertolak ke bawah. Bengkung Jawa yang disediakan oleh KA adalah berkualiti tinggi menggunakan kain belacu sepanjang 13 meter. Jika mommy mengambil pakej berpantang dengan KAC, jangan bimbang kerana setiap hari yang mereka datang, pasti diri mommy akan dibengkung oleh therapist yang berpengalaman dan baik hati. Sebenarnya, inilah salah satu sebab musabab saya mengambil pakej maksimum dengan KAC kerana lagi lama pakej yang diambil, lagi banyakla dapat berbengkung…hehe…Tapi mommy jangan risau, nak pakai sendiri pun boleh, cuma biasalah mommy berpantang ni kan manja sikit, (saya la tu….), kalau tak therapist yang pakaikan, suruh sahaja Mr Daddy yang tolong belitkan. Secara tak langsung,dapat mengeratkan lagi kasih sayang mommy dengan Mr Daddy gitu…kann… Tapi ingat, bengkung perlu dililit dengan betul ya. Biasanya sebelum pakai bengkung, KA akan menyapu lotion BioTrim terlebih dahulu di bahagian perut dan barulah dililit dari bawah,menutupi abdomen dan diikat dengan ketat sampai ke bahagian bawah payudara. Pemakaian bengkung haruslah sekurrang-kurangnya 8 jam sehari untuk mendapat kesan yang terbaikkkkk.
Melalui sharing kali ini mommy dah tahukan pasal berbengkung. Jadi mommy jangan malas berbengkung semasa pantang ya kerana banyak manfaat yang akan mommy perolehi jika rajin memakai bengkung. Pilihlah bengkung yang sesuai dengan mommy ya dan jika tanya saya, pasti saya pilih BENGKUNG JAWA.
Jika berminat nak pakai bengkung Jawa sendiri, boleh beli dengan KAC tau…
Bengkung Jawa jenama KAC sepanjang 13 meter hanya RM60
Lotion BioTrim RM35