KakakAdek Confinement Therapist bukan sahaja mempunyai pakar-pakar terapi yang terlatih, berpengalaman dan prihatin, tetapi perkhidmatan kami adalah secara mobile yang membantu anda tenang menjalani proses berpantang dengan mudah dan selesa di rumah anda.

Perkhidmatan-Perkhidmatan Utama Kami Merangkumi:

Mandian herba kami merupakan hadiah yang paling sesuai untuk ibu-ibu yang baru bersalin. Untuk mandian ini, kami menggunakan herba-herba asli dalam bentuk sachet untuk memudahkan proses mandian. Rawatan ini memberikan ketenangan dan merehatkan tubuh. Ia juga bermanfaat dalam melancarkan peredaran darah dan menenangkan emosi ibu-ibu ketika berpantang. Campuran herba segar ini juga boleh mempercepatkan proses penyembuhan dan pemulihan.

Urutan badan selepas bersalin amat bermanfaat kepada ibu-ibu di dalam pantang. Amalan ini amat berkesan dalam mengembalikan kesegaran kepada badan. Urutan Melayu Tradisional ini boleh mengurangkan stress, merehatkan tubuh, melancarkan susu, membantu peredaran darah dan meredakan kesakitan.

Bertungku melibatkan batu yang telah dipanaskan dan dibalut dengan daun-daun herba dan kain. Batu dalam balutan ini seterusnya diletakkan di seluruh badan terutamanya di bahagian perut supaya rahim cepat mengecut, kembali normal dan perut kempis seperti asal. Rawatan ini meredakan kesakitan, memecahkan lemak dan mengurangkan sengal-sengal sendi untuk memberi kelegaan kepada ibu-ibu berpantang supaya mereka memperolehi tidur yang cukup dan berkualiti.

Proses mengandung dan bersalin boleh menghasilkan perubahan fizikal yang mendadak kepada tubuh badan seorang wanita. Bengkung yang diperbuat daripada kain kapas yang diikat dengan cara yang tradisional berkesan dalam membantu mengempiskan perut, membetulkan postur dan mengecutkan rahim yang bengkak.

Kembalikan kesihatan dan kesegaran anda melalui rawatan tradisional seperti param, pilis dan tapel.

Param adalah sejenis rawatan sapuan pada seluruh badan, kecuali daerah payudara dan perut. Campuran param boleh juga digunakan ketika berurut. Rawatan ini berkesan dalam mengelakkan angin masuk ke badan dan mengurangkan rasa sejuk dan kebas pada badan.

Tapel adalah sapuan yang dipakai pada perut sebelum berbengkung. Ia tenyata berkesan dalam menghangatkan perut dan membuang angin serta darah kotor, ia juga menegangkan perut yang menggeleber dan membantu proses pembakaran lemak.

Pilis adalah campuran herba yang khusus untuk disapukan di dahi. Kebaikan pilis adalah termasuk meredakan pening, menyegarkan mata dan memberikan keselesaan kepada ubun-ubun.

Perkhidmatan Tangas Kering dan Tangas Basah juga ditawarkan. Pemilihan Tangas bergantung kepada kondisi pelanggan dan rekomendasi pakar kami. Kombinasi herba-herba asli ketika bertangas boleh menyembuh, merawat dan memulih tisu-tisu rahim dan salur peranakan terutamanya selepas proses melahirkan anak.

Pakej-Pakej Kami: