Pakej Berpantang Selepas Bersalin

Mandian Herba Menyegarkan

5 Kebaikan mandian herba: mencantikkan kulit mengharumkan badan membuang angin badan menyegarkan badan melancarkan perjalanan darah Bahan-bahan yang digunakan untuk mandian herba: Daun kunyit, Pucuk jambu batu, Daun lenggundi, Daun pandan, Daun secerek,Daun serai wangi, Daun lengkuas, Daun capa,Daun pisang kelat, Daun bonglai, Daun pisang kering, Rempah halba, Daun mengkudu, Daun limau purut, Asam keping,…

Pakej Berpantang Selepas Bersalin

Bestnya Berurut Selepas Bersalin

Kenapa ibu perlu berurut selepas bersalin? Ia memberi banyak faedah kepada ibu, antaranya adalah: Disamping faedah-faedah diatas, urutan tradisional di bahagian payudara dipercayai membantu melancarkan pengaliran susu. Bolehkah ibu yang bersalin secara pembedahan (caesarean) berurut? Boleh. Urutan selepas bersalin bukan hanya boleh dilakukan untuk ibu yang bersalin normal tetapi juga yang bersalin secara pembedahan. Ibu…

Bertungku Selepas Bersalin Membantu Pecah Lemak

Bertungku adalah asas kepada amalan berpantang bagi selepas bersalin dalam budaya Melayu. Sebelum berbengkung, wanita bertungku. Sebab-sebab utama bertungku: mengecutkan rahim; mengeluarkan darah beku; memastikan semua kotoran dan toksin dikeluarkan daripada badan. Sebab-sebab lain bertungku: menghangatkan badan; membuang angin; mengempiskan perut; mengecutkan urat dalaman yang kembang selepas bersalin; memperbetul dan melancarkan pengaliran darah. Darah dan…

Pakej Berpantang Selepas Bersalin

Pernah Dengar Bertangas? Ada 8 Kebaikan Jika Diamal

Terdapat 2 kaedah bertangas iaitu bertangas basah dan bertangas kering. Bertangas basah dilakukan dengan merebus ramuan tangas terus didalam periuk. Kaedah ini dilakukan pada awal proses berpantang. Antara bahan yang digunakan sebagai ramuan tangas ialah asam gelugur, garam jantan, daun sireh, daun inai dan halia. Bertangas kering pula menggunakan batu sungai yang dipanaskan kira-kira 20 minit…

Pakej Berpantang Selepas Bersalin

Penerangan Secara Klinikal: Tempoh Berpantang

Puerperium ialah tempoh 6 minggu selepas kelahiran, di mana pada  tempoh ini pelbagai perubahan yang berlaku semasa kehamilan kembali kepada keadaan sebelum hamil. Bagi masyarakat Melayu, tempoh ini dikenali sebagai tempoh berpantang.

Apa yang berlaku sepanjang tempoh berpantang? Fisiologi badan ibu mengalami perubahan seperti berikut:

*Sumber Rujukan : http://www.patient.co.uk/doctor/postnatal-care-puerperium

Param, Pilis dan Tapel

Param ialah ramuan yang disapu ke seluruh badan kecuali perut. Ia mengecutkan kembali otot-otot dan urat-urat badan yang bengkak. Disamping itu juga membantu menghaluskan kulit. Pilis ialah ramuan yang disapukan pada bahagian dahi sahaja. Ia membantu menyejukkan kepala, mengelakkan pening dan sakit kepala, menghindarkan pitam dan mengurangkan tekanan darah. Kulit kayu manis dan jintan hitam adalah antara bahan…

Apa Agaknya Selepas Bersalin

Tahniah anda bakal bergelar ibu. Bagi yang baru pertama kali pastinya begitu teruja. Hati berdebar-debar campur gembira. Bagaimana agaknya proses kelahiran nanti? Bagaimana keadaan selepas bersalin? Apa yang perlu tahu? Terdapat 10 perkara lazim yang akan dialami oleh ibu selepas bersalin. Kesakitan – Anda bekerja dengan keras semasa melahirkan bayi. Kemungkinan besar kepala, rahang dan…