Bertungku Selepas Bersalin Membantu Pecah Lemak

Bertungku adalah asas kepada amalan berpantang bagi selepas bersalin dalam budaya Melayu. Sebelum berbengkung, wanita bertungku. Sebab-sebab utama bertungku: mengecutkan rahim; mengeluarkan darah beku; memastikan semua kotoran dan toksin dikeluarkan daripada badan. Sebab-sebab lain bertungku: menghangatkan badan; membuang angin; mengempiskan perut; mengecutkan urat dalaman yang kembang selepas bersalin; memperbetul dan melancarkan pengaliran darah. Darah dan…

Param, Pilis dan Tapel

Param ialah ramuan yang disapu ke seluruh badan kecuali perut. Ia mengecutkan kembali otot-otot dan urat-urat badan yang bengkak. Disamping itu juga membantu menghaluskan kulit. Pilis ialah ramuan yang disapukan pada bahagian dahi sahaja. Ia membantu menyejukkan kepala, mengelakkan pening dan sakit kepala, menghindarkan pitam dan mengurangkan tekanan darah. Kulit kayu manis dan jintan hitam adalah antara bahan…

Pakej Berpantang Selepas Bersalin

Penerangan Secara Klinikal: Tempoh Berpantang

Puerperium ialah tempoh 6 minggu selepas kelahiran, di mana pada  tempoh ini pelbagai perubahan yang berlaku semasa kehamilan kembali kepada keadaan sebelum hamil. Bagi masyarakat Melayu, tempoh ini dikenali sebagai tempoh berpantang.

Apa yang berlaku sepanjang tempoh berpantang? Fisiologi badan ibu mengalami perubahan seperti berikut:

*Sumber Rujukan : http://www.patient.co.uk/doctor/postnatal-care-puerperium

Apa Agaknya Selepas Bersalin

Tahniah anda bakal bergelar ibu. Bagi yang baru pertama kali pastinya begitu teruja. Hati berdebar-debar campur gembira. Bagaimana agaknya proses kelahiran nanti? Bagaimana keadaan selepas bersalin? Apa yang perlu tahu? Terdapat 10 perkara lazim yang akan dialami oleh ibu selepas bersalin. Kesakitan – Anda bekerja dengan keras semasa melahirkan bayi. Kemungkinan besar kepala, rahang dan…